KOPERASI KELUARGA HAJI ZAKARIA MAT CHANGKAT IBUL BERHAD (KOHAZA BERHAD)

Sejarah Koperasi

Koperasi Keluarga Haji Zakaria Mat Changkat Ibul Taiping Berhad (ringkasan Kohaza Berhad) telah didaftarkan pada 19-3-2013 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan Nombor Pendaftaran A-4-1077.Seramai 30 orang ahli berdaftar yang merupakan anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu kepada Tuan Haji Zakaria Bin Mat bersama Hajjah Zainab Binti Haji Abdul Rani. Koperasi telah menjadi anggota Angkasa secara resmi pada 5-2-2014 dengan Bil. Anggota : 5936/PK0713. Dengan bermatlamat asal memperkasa ekonomi koperasi melalui bidang pertanian dan industri berkaitan produk pertanian.

Tujuan dan Matlamat Koperasi

Matlamat utama koperasi ialah antaranya
1. merapatkan hubungan kekeluargaan kesemua anak cucu Allahyarham Tuan Haji Zakaria Bin Mat.
2. Mengukuhkan ekonomi setiap ahli koperasi dengan menjalankan perniagaan berdaya saing.
3. Menjaga kebajikan setiap ahli keluarga dengan bantuan kewangan dan insuran kelompok.
4. Mengadakan perjuampaan tahunan setiap hari raya Idil Fitri dan hari raya Idil Adha
5. Mengadakan mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi setiap 2 bulan.
6. Memberi bantuan pelajaran kepada anak-anak ahli yang memerlukannya.

Struktur Organisasi

						
Pengerusi       :Haji Mohd Idris Bin Haji Zakaria
                   [B. Pharmacy (Hons.) USM, MA Counseling, KUIN]
				   
Naib Pengerusi  :Haji Mohd Shahid Bin Haji Zakaria
		  [Dip. Edu. MPLP, BA (Hons.) USM, MA Lit. USM]
						
Setiausaha      :Ustaz Mohamad Bin Haji Zakaria
	           [Dip. Syariah UM, B. Syariah (Hons.) IAIN, MA Edu. OUM]
										
Pen. Setiausaha :Ustaz Mohd Fuzi Bin Haji Zakaria
		   [Syariah Wal-qanum Al-Azhar]
		   
Bendahari        :Ustaz Mohd Said Bin Haji Zakaria 
		   [Dip. Edu MPSAH, B.Edu (Hons.)UPSI]
		
		
Pen. Bendahari   :Ustazah Unaizah Binti Haji Zakaria
		   [Dip. Edu. UM, B. Usuluddin (Hons.) UM, MA Edu.(Curriculum), USM]
					
				
					

Ahli Lembaga Koperasi

				
						
1. Ustaz Ridwan Bin Husin [Dip. Edu. MPSAH, B. Sc.(Hons.) OUM]
2. Mejar Hafiz Bin Mohd Khialdin [Dip. Foodservice Management UiTM]
3. Ustaz Abdul Razak Bin Nordin [B. Arabic Language Al-Azhar]
4. Puan Fazidah Binti Nordin [STPM, Chief Clark]
5. Ustazah Zuwaiyah Binti Haji Zakaria[Dip.Edu.MPSAH, B. Sc.(Hons.) OUM]
6. Pn Maimunah Binti Haji Zakaria [Dip. Edu. MPBP, B. Sc.(Hons.) OUM]
7. Ustazah Norhaniza Binti Zainon [Syariah Al-Azhar]
8. Ustazah Norwati Binti Othman [Dip. Edu. MPLP]
9. Pn. Nor Azelin Binti Azeman [Dip. Edu. MPSAH, B. Edu.(Hons) MPSAH]


Juruaudit Dalaman

1.	Hajjah Azura Binti Kadri [BSc. Edu (Hons.) USM]

2. Hajjah Khairiyah Binti Abu Bakar[STPM, Director Medecine Holdings S/B]


Fungsi Ahli Lembaga Koperasi

Menjalan dan melaksanakan kesemua aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dalam mesyuarat lembaga dan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan koperasi.

Sila hubungi kami untuk menjadi rakan niaga

Kami amat mengalu-alukan penyertaan tuan-puan dan puan-puan untuk menyertai kami sebagai agen kepada Koperasi Keluarga Haji Zakaria Mat Changkat Ibul Taiping Berhad. Kami yakin dengan penyertaan tuan-tuan dan puan-puan akan bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak untuk maju dalam perniagaan masing-masing, in sha Allah.

Sila hubungi mana-mana Ahli Lembaga Koperasi untuk perbincangan dan lantikan sebagai agen koperasi yang sah, segala perhatian pihak tuan-tuan dan puan-puan berikan kami dahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira, sekian terima kasih.