KOPERASI KELUARGA HAJI ZAKARIA MAT CHANGKAT IBUL BERHAD (KOHAZA BERHAD)

APAKAH GUM ARABIC?

Apakah pula al-Manna? Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud Getah Arab atau bahasa Inggerisnya Gum Arabic. Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.

Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas mengatakan bahawa al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.

Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al- Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.

Terdapat 2 jenis gum arabic iaitu Acacia Senegal ada yang menamakannya sebagai Al-Manna dan Acacia Seyal ada yang menamakan ia Tayebat. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Ia juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Pengambilan Acacia Senegal lebih banyak berbanding dengan Acacia Seyel, ia bergantung kepada pengguna yang mana lebih bermanfaat untuk mereka.

Learn More >

SIAPA KAMI?

Koperasi Keluarga Haji Zakaria Mat Changkat Ibul Taiping Berhad (Kohaza Berhad) merupakan pengimport dan pembekal Gum Arabic yang berkualiti tinggi dari Sudan. Harga kami amat berpatutan dan sesiapa yang berminat ingin menjadi agen kepada Koperasi maka pihak kami sangat mengalu-alukannya.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan gum arabic dan bagaimana hendak order atau menjadi agen koperasi.

Alamat Kilang Koperasi di:
JBS 57, Kampung Changkat Ibol,
34850 Changkat Jering, Perak.


PENGURUSAN TERTINGGI

Pengerusi
Haji Mohd Idris
Haji Zakaria
No.Telefon:
012-4282010
05-8063266

************************

Naib Pengerusi
Haji Mohd Shahid
Haji Zakaria
No.Telefon:
019-5677789
05-8551695

************************

Setiausaha
Haji Mohamad
Haji Zakaria
No.Telefon:
019-2021104
013-6402967

************************

Pen. Setiausaha
Ustaz Mohd Fuzi
Haji Zakaria
No.Telefon:
019-5596050
017-5077750

PENGURUSAN TERTINGGI

Bendahari
Ustaz Mohd Said
Haji Zakaria
No.Telefon:
019-5230722
019-5466234

************************

Pen. Bendahari
Ustazah Unaizah
Haji Zakaria
No.Telefon:
016-2973975

************************

Pengurus Operasi
Hajjah Zuwaiyah
Haji Zakaria
No.Telefon:
019-5256715
05-8554955

************************

Pengurus Permasaran
Puan Maimunah
Haji Zakaria
No.Telefon:
019-5582260

Sila hubungi kami untuk menjadi rakan niaga

Kami amat mengalu-alukan penyertaan tuan-puan dan puan-puan untuk menyertai kami sebagai agen kepada Koperasi Keluarga Haji Zakaria Mat Changkat Ibul Taiping Berhad. Kami yakin dengan penyertaan tuan-tuan dan puan-puan akan bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak untuk maju dalam perniagaan masing-masing, in sha Allah.

Sila hubungi mana-mana Ahli Lembaga Koperasi untuk perbincangan dan lantikan sebagai agen koperasi yang sah, segala perhatian pihak tuan-tuan dan puan-puan berikan kami dahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira, sekian terima kasih.